Rumah Terbuka adalah satu budaya yang baru diperluaskan pada dekad 90an. Pengenalan budaya yang memang sudah bertapak di dalam budaya tempatan kepada dunia adalah bertujuan untuk memperlihatkan kepada dunia betapa kita di Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama tetapi mampu hidup aman damai dan makmur.
Ini akan mewujudkan kehidupkan yang harmoni sesama kaum. Apa yang lebih ketara dilihat adalah bagaimana kehidupan pelbagai bangsa di Sabah dan Sarawak boleh bercampur gaul tanpa mengira kepercayaan dan keturunan untuk hidup bersama. Walaupun masing-masing bangsa mempunyai pegangan agama yang kuat tetapi ikatan persahabatan antara mereka begitu akrab seolah-olah ada tali persaudaraan di antara mereka.

Walaupun terdapat perbezaan agama, tetapi ia tidak menghalang atau sempadan buat mereka untuk saling berkomunikasi sesama mereka. Keakraban yang wujud sejak ratusan tahun yang lalu telah menjadi amalan buat generasi kini dan seterusnya. Ini menjadikan Borneo suatu tempat yang unik bagi menggambarkan kehidupan pelbagai etnik yang hidup di dalamnya. Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Krismas, Pesta Gawai (di Sarawak) dan Pesta Ka'amatan (di Sabah) menjadi bukti kepada keakraban pelbagai bangsa yang ternyata hidup aman damai tanpa ada sengketa walaupun masih ada yang meraguinya.
Jika anda tidak percaya, datanglah berkunjung ke Sabah dan Sarawak dan lihatlah keadaannya. Nikmatilah pemandangannya sekali ya... Jumpa lagii...
Jika anda tidak percaya, datanglah berkunjung ke Sabah dan Sarawak dan lihatlah keadaannya. Nikmatilah pemandangannya sekali ya... Jumpa lagii...
No comments:
Post a Comment