syah inoue

best blogger tipsGet snow effect
PreviewPreview
PreviewPreview
Welcome Myspace Comments
Animated Pictures Myspace Comments


Salam to all of you...

Salam to all bloggers and viewers..

Hope you all in a good health...

Happy New Year 2012!!!!!!!!!!

May all your works done and move step ahead to raise you up from all the mistakes and troubles which has happened last year.. Take your mind straight to the future.. Put your past behind.. So that you can fly and touch the sky.. High above the rest and become the best.. Go! Go! Go!...

Furthermore, the weather is unpredictable these days..
So, take good care of your body to stay healthy.. Don't get wet in the rain.. Drink a lot of clean water.. That's the key of healthy.. Don't eat too much meat.. It's bad for your body.. Eat more vegetables.. To know more about healthy just go to my Lifestyle corner where you can find such an amazing facts and sites about health, lifestyle, beauty and leisure..

Take care.. Stay healthy..May GOD bless us all...

Thank you for visiting & reading my blog..
Any inquiry or comment or share please send to me at syahinoue@gmail.com

Monday, October 6, 2008

Race Relation Act

PERLUKAH AKTA HUBUNGAN KAUM (RACE RELATION ACT)?

Malaysia adalah negara pelbagai bangsa. Dicatatkan terdapat lebih 48 suku kaum yang mendiami negara yang indah lagi bertuah ini. Setelah 51 tahun kita merdeka, kita masih berjaya mengekalkan keamanan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin kita sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa kecacatan, ia seharusnya menjadi pengajaran buat semua rakyat Malaysia.

Melihat kepada apa yang berlaku akhir-akhir ini seperti Hindraf dan kenyataan sensitif YB Ahmad Ismail pada PK permatang pauh, kerajaan kemudiannya teruja untuk mewujudkan Akta Hubungan Kaum (Race Relation Act). Fungsinya jika dilihat secara literal lebih mirip kepada ISA tetapi RRA menjurus secara terus kepada isu-isu perkauman yang dibangkitkan tanpa melalui saluran yang betul.

Pada kewajaran sekarang, RRA sepatutnya telah wujud lama pada saat kita mula mencapai kemerdekaan. Ini kerana sedari dahulu lagi kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara yang wujud di dunia hasil daripada gabungan pelbagai bangsa. Macam-macam perkara telah berlaku selama 51 tahun merdeka di dalam masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai adat budaya dan agama. Peristiwa 13 May 1969 adalah peristiwa yang seharusya menjadi pengajaran dan pengalaman yang paling berharga buat Bangsa Malaysia yang dikagumi dunia.

Kita wujudkan negara Malaysia yang aman damai dan merdeka. Kita tinggal bersama tanpa mengira asal-usul bangsa dan agama. Kita juga melahirkan ramai Bangsa Malaysia yang berjaya dalam pelbagai bidang di pentas dunia. Keadaan ekonomi, politik dan sistem sosial yang stabil. Lantas ini menjadikan kita bangsa yang disegani, dikagumi dan dihormati. Kini kita sebaris dengan bangsa-bangsa hebat lain di dunia. Kita harus berbangga dengan keadaan ini.

Tetapi keadaan ini telah menyebabkan kita semakin kabur dan ditakuti menjadi buta kerana terlalu bongkak, sombong dan hidung tinggi. Apa yang ditakuti kini menjelma didepan mata. Keangkuhan Bangsa Malaysia kini menjadikannya goyah. Bangsa Malaysia kini seolah-olah tidak memandang kepada sejarah dan juga masa depan. Masing-masing melihat kepada kepentingan peribadi daripada kepentingan sosial. Hilang sudah rasa hormat sesama kita. Perasan amarah sudah tiada hadnya. Habis rosak harta benda. Porak peranda masyarakat kita. Pemimpin bergaduh sesama mereka. Kecoh negara.

Keadaan inilah yang memaksa kerajaan untuk mewujudkan RRA. United Kingdom sebenarnya lebih awal daripada kita apabila mewujudkan RRA seawal 1970an. Namun begitu masih belum terlambat bagi kita di Malaysia untuk RRA. Bagaimanapun, dalam perancangan ke arah RRA, kerajaan dinasihatkan untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model penting di peringkat nasional.

Mungkin ramai lagi penduduk Semenanjung yang belum pernah berkunjung ke Sabah dan Sarawak. Masyarakat di sebelah sini patut menjadi contoh utama bagaimana hubungan antara kaum berjaya disatukan. Ia adalah sangat unik kerana di dalam masyarakatnya yang berbilang bangsa, adat, budaya dan agama wujud persefahaman yang amat baik berbanding rakan-rakan kita di Semenanjung yang boleh dibilang dengan jari etniknya.

Keharmonian sesama kaum di sini amat disenangi malah ramai rakan-rakan Semenanjung yang pernah datang ke Sabah dan Sarawak terkejut. Orang Melayu, Cina, India dan Kadazan boleh duduk bersama satu meja. Malah ramai di antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat tempatan dan menetap di sini tanpa ada perasaan buruk sangka atau benci antara sesama. Mereka juga kagum dengan sikap toleransi antara kaum yang tinggi.

Semua keadaan sebenarnya telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu. Pertalian erat antara kaum ini telah dilihat melalui pasar mingguan ‘Tamu’ yang telah wujud semenjak zaman nenek moyang masyarakat Sabah dan Sarawak. Tamu telah menghimpunkan pelbagai suku bangsa di dalam satu tempat untuk berniaga. Tamu juga menjadi tempat untuk bertukar barang, berbicara, berbincang antara ketua suku dan banyak lagi aktiviti yang berjaya mengeratkan hubungan antara kaum. Ia tidak mengira samada bangsa pribumi atau tidak. Toleransi menjadi pertaruhan. Keadaan ini kekal hingga kini dan amat unik untuk di pertontonkan kepada dunia

Perihal Hindraf, ektremist India yang muncul di kalangan mereka adalah yang bersikap KATAK BAWAH TEMPURUNG yang belum pernah melihat dunia walaupun sudah lahir ke dunia dari perut ibunya. Mereka tidak perna mahu tahu tentang keadaan persekitaran mereka yang semakin maju dan berdaya saing. Mereka hanya tahu mengenai diri mereka sahaja tanpa melihat orang lain. Dunia mereka hanya berlegar di sekitar mereka sahaja. Seolah-olah tiada media di depan mata. Lantas, mereka ini senang untuk dipengaruhi oleh sesiapapun yang mempunyai hasrat peribadi yang tinggi.

Terlajak perahu dapat ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya buat bangsa...

Jika dilihat secara rasional, bangsa India menduduki tempat kedua di belakang bangsa Cina yang mencapai kemewahan yang luarbiasa. Semua orang kenal Tan Sri Anandha Krisnan, Datuk Tony Fernandez dan ramai lagi. Kedudukan mereka di dalam Bangsa Malaysia memang sudah diperakui hebat. Tetapi ini menjadikan mereka buta dan buat-buat tidak tahu dengan media walaupun sudah banyak berita dan cerita yang digembar-gemburkan mengenai mereka.

Itulah sebabnya, adalah disarankan supaya kerajaan Malaysia memandang ke Sabah dan Sarawak dalam mewujudkan RRA sebelum ia diluluskan. Namun begitu perlu ditegaskan bahawa, Sabah dan Sarawak tidak memerlukan RRA ini kerana ia sebenarnya sudah lama wujud di dalam hati dan sanubari masyarakat di sebelah sini sehingga ia menjadi PENDINDING daripada berlaku perkara-perkara yang tidak mereka ingini.



TABIK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK...........


Ps: Proud 2 b Borneonese

No comments: