BAGAIMANA UNTUK MEMOTIVASIKAN DIRI SUPAYA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DALAM HIDUP.
Dalam kehidupan kita seharian, pasti kita akan mengahadapi pelbagai cabaran , tekanan dan masalah samada di tempat kerja atau di rumah. Kadang-kadang seseorang itu mampu mengawal emosinya daripada diketahui orang. Tapi ada juga yang tidak mampu mengawalnya mungkin kerana sudah terlalu berat tekanan itu baginya sehingga orang lain pun turut terkena tempiasnya.
Bagaimana kita mampu mengawal emosi ini sehingga orang yang nampak kita seperti tiada masalah langsung? Mesti ada rahsianya!
Di antara rahsia tersebut yang saya ingin kongsi bersama anda pagi ini adalah:-
KITA PERLU ADA 3 BESAR
Ini adalah formula yang saya panggil FORMULA 3+1
APA DIA 3 BESAR ITU??
Pertama, kita perlu BESAR MATA.
Kita perlu melihat dunia ini dari sudut yang pelbagai. Tidak kira apa masalah sekalipun, apabila melihat pada persekitaran kita, kita mesti dapat idea. Persekitaran kita bukan sahaja alam semulajadi, haiwan tetapi juga manusia yang digelar RAKAN.SAHABAT.KAWAN. Dari persekitaran ini, kita mampu mengubah suai kehidupan kita mengikut peredaran zaman. Melaluinya kita akan dapat mengubahsuai masalah menjadi suatu aset penting dalam hidup kita seharian. PERLU DIINGAT!.Tanpa Masalah Kehidupan Tidak Bermakna! Belajar menyelesaikan masalah bukan buat masalah atau lari dari masalah! Hadapi dengan tenang bukan merasa cemas dan tegang! Jangan belajar dari sejarah kerana jika kerana kita akan sentiasa melakukan silap dan salah!
Tiada rotan, akar pun berguna juga! Kita perlu melihat setiap apa yang ada di sekililing kita dari perspektif yang berbeza...
WAH! Sana duit masuk....
AIYA! Sini duit keluar...
HAH! Sini boleh bikin duit...
Ada tanah terbiar, usahakan dengan pertanian... Buka kolam ikan, pelihara ikan... Tiada modal? HA! Lu pikir la sendiri...
Kedua, BESAR HATI
Kalau sudah melihat persekitaran kita sebagai sesuatu yang berguna, kita mesti mempunyai hasrat dan keinginan yang tinggi untuk menjadikan mimpi suatu realiti...Macam AF jugala..Si stacey tahu dia boleh menyanyi, kawan-kawan dia pun ‘support’, dan dia nampak AF boleh membawa dia jauh ke depan, jadinya, dia ikut AF untuk merealisasikan impiannya...
Macam Agus, dia nampak di Limbang, mungkin dia boleh meningkatkan prestasi dan taraf hidupnya. Di sana beliau boleh menjadi lebih berdikari. Hasilnya,beliau mungkin akan berjaya di sana...
Apa yang perlu kita mesti semangat yang kuat.Kental.Teguh.Tak berbelah bagi. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam...Keluarnya panas, Sejuk digenggam!...
Ketiga, BESAR GAYA
Orang kata, Biar papa asal bergaya...
Ini harus menjadi ETIKA dan TEMA dalam kehidupan seharian.
Biar kita bergaya lebih sedikit daripada orang lain...
Biar kita bercakap lebih sedikit daripada orang lain...
Biar kita bersuara lebih tinggi sedikit daripada orang lain...
Yang penting kita Jangan Kurang daripada orang lain...
Tapi JANGAN TERLEBIH SUDAH la
Biar orang mengata kita... Biar dorang kutuk.. Fitnah..
Janji, kita buat benda yang betul bukan untuk mengada-ada...
Kita buat dengan jujur dan ikhlas...
Bagaimanapun, segala-gala 3 besar tadi, adalah bergantung pada 1 perkara yang CUKUP penting untuk kita tahu... C UKUP ILMU
Betapa hebat pun kita, kalau tiada ilmu tiada guna...
Biar di mana pun kita , ilmu penting untuk hidup berjaya...
Ilmu bukan sahaja apa yang kita belajar di sekolah dan universiti tapi yang kita pelajari di sepanjang kita hidup di dunia ini...
Betapa ilmu itu amat penting dan bermakna buat kita.. Biarpun kita tua tapi jika kita mempunyai ilmu, kita akan tetap dipandang tinggi dan mulia... Contohnya Prof. DiRaja Ungku Aziz dan Tun Mahatdhir... Biarpun bersara tapi kebijaksanaan mereka masih diperlukan oleh semua..
Ilmu menaikkan martabat seseorang. Dari yang miskin kepada seorang yang terbilang.Daripada tidak dikenali kepada yang selalu disebut-sebut orang. Itulah kehebatan ILMU kepada manusia. Dalam hadis, Tuntutlah Ilmu biar sampai ke negeri China. Orang Cina cakap, Ilmu itu harta paling berharga.
Kalau BESAR MATA tapi tiada ilmu, TIADA GUNA.
Melihat seolah-olah BUTA! Tidak tahu halatuju. Sudah terhantuk baru lah terngadah.Mau pigi mana? Sana.. Tapi tak tau ke mana...
Kalau BESAR HATI tapi tiada ilmu, SAKIT JIWA.
Semangat mudah luntur. Kita jadi cepat terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Sekali menghadapi tekanan akan cepat mengalah...
Kalau BESAR GAYA tapi tiada ilmu, TIADA KE MANA.
Pakai cantik, branded, kereta besar tapi poket kosong tiada apa ertinya. Cakap sudahlah tinggi melangit tapi tong kosong tidak padan dengan gaya. Banyak ceritanya tapi tak berisi bagus jangan percaya...
Buat sesuatu yang baik berpada-pada...
Jangan sekali-kali berbuat jahat...
Lagi, Jangan lebih-lebig sudah la...arrr...
ITULAH SAJA CERITAKU WAHAI SI MAMBANG....
C u in d nxt edition..
syahinoue@gmail.com
This blog is dedicated to all my family and friends. And also to all of you who are enjoying my blog. Have fun with it and 'use it well'. Love you always..
Salam to all of you...
Salam to all bloggers and viewers..
Hope you all in a good health...
Happy New Year 2012!!!!!!!!!!
May all your works done and move step ahead to raise you up from all the mistakes and troubles which has happened last year.. Take your mind straight to the future.. Put your past behind.. So that you can fly and touch the sky.. High above the rest and become the best.. Go! Go! Go!...
Furthermore, the weather is unpredictable these days..
So, take good care of your body to stay healthy.. Don't get wet in the rain.. Drink a lot of clean water.. That's the key of healthy.. Don't eat too much meat.. It's bad for your body.. Eat more vegetables.. To know more about healthy just go to my Lifestyle corner where you can find such an amazing facts and sites about health, lifestyle, beauty and leisure..
Take care.. Stay healthy..May GOD bless us all...
Thank you for visiting & reading my blog..
Any inquiry or comment or share please send to me at syahinoue@gmail.com
Thank you for visiting & reading my blog..
Any inquiry or comment or share please send to me at syahinoue@gmail.com
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)